Friday, 9 April 2010

Kembara Land's End & London siri 1



1 April-7 April 2010

[Leeds-Cheltenham-Tavistock-Land’s End- Heathrow-London]


Oleh kerana perjalanan dari Leeds ke Tavistock, South Devon mengambil masa hampir 6 jam berkereta, kami singgah bermalam di Cheltenham yang berada di tengah-tengah antara Leeds dengan Tavistock.

1 April 2010 [Leeds – Cheltenham]

-7.30 petang

Keluar dari Leeds menuju Travelodge Cheltenham GL51 6TA. Selepas 3 kali berhenti rehat di 3 service berbeza, jam 11.30 malam kami tiba di Cheltenham.

- 11.30 malam

Mendarat di Travelodge. Membuka bekalan nasi dan lauk pauk dari rumah. Zzz.

2 April 2010 [Cheltenham – Tavistock]

-10pagi

Check out dari Travelodge Cheltenham. Kami bertanya staff bertugas yang peramah tentang tempat menarik berdekatan. Makcik tu mencadangkan kami ke Berkeley Castle.

3 April 2010 [Tavistock]


Dari Berkeley Castle, kami menuju ke Langstone Manor Caravan di Tavistock yang terletak di antara Exeter dengan Plymouth. Bermulalah perjalanan yang mencabar. Satelite Navigator menunjuk jalan meredah Dartmoor Forest. Maka, kami menempuh jalan hutan agak lama juga untuk tiba ke caravan. Tiba di sana, Sat. Nav. menunjuk jalan destinasi di tepi hutan. Berpeluh juga dalam kegelapan 9 malam di dalam hutan Dartmoor Forest. Kami berpatah balik beberapa meter. Barulah bertemu sign board Langstone Manor Caravan yang agak tersorok ke dalam.




Fuuuh…legaaa.. alhamdulillah. Kami bagitau makcik tuan caravan yang kami terlambat sebab tersesat jalan. Alhamdulillah, caravan cantik. Cuma sedikit sejuk sebab angin dari atas bukit bertiup kencang. Malangnya, kami lupa membawa Heater & Blower tambahan. Sejjjukkk…



4 April 2010 [Tavistock - Land’s End - Tavistock]

- 11.50 pagi

Seronok duduk di caravan, semua disediakan. Dari microwave, fridge, hingga ke pinggan mangkuk periuk belanga dan sudu garfu, kami memasak bekal. Tapi, kami guna periuk camping yang dibawa dari rumah sebab malas nak menyamak bekas2 yang disediakan dengan air selut. Maklumlah, orang Puteh makan semua. Encik Khinzir pun boleh jadi mereka masak dalam periuk tu.





Berbekalkan nasi, sardin masak pedas tomato, telur goreng dan sandwich telur, kami keluar dari Langstone Manor caravan jam. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam.


– 3.30 petang

Tiba di Land’s end. Kami bersegera memanjat cerun posing2. Dalam perjalanan ke atas, kena melalui Gift Shop. Ada juga reban ayam dan binatang2 lain yg perlu dibayar. Selepas itu,kami masuk ke bangunan kedai2 gift shop dan ambil gambar di sekeliling. Kami jug jurugambar profesional dengan bayaran 9.95 pound.Penat berpusing2 mencari tempat sesuai untuk solat dan mencari arah kiblat, kami solat jamak Ta’khir Asar-Zuhur di tepi parking lot jam 5 petang.


-5.38 petang

Bertolak balik ke caravan.


5 April 2010 [Tavistock- Exeter- Heathrow]

-10.45 pagi

Check out dari Langstone Manor seawal 10 pagi. 45 minit berikutnya, selepas bergambar pemandangan Dartmoor Forest,kami bertolak ke Travelodge Heathrow.Untuk menghilangkan mengantuk, kami menyusur masuk ke Bandar Exeter.


6 April 2010 [Heathrow – London- Heathrow]

Tiba di Travelodge Heathrow, sekali lagi kami tidak bertemu tempat penginapan. Sat Nav menunjuk arah ke kawasan perumahan. Sekali lagi kami keluar semula dari kawasan berkenaan dan menghala ke Tesco berdekatan untuk mencari destinasi sebetulnya. Selepas 15 minit, barulah mendapat hala tuju sebenar yang jaraknya cuma dua simpang jalan dari arah yang salah tadi.


Mendaftar di Travelodge, kami diberi bilik. Ingatkan sudah boleh berehat. Kami pun masak air dalam cerek yg disediakan.Rupanya, fius cerek yang rosak menggelapkan satu bilik.Salah seorang staff pengurusan travelodge mendakwa kami memasak nasi menggunakan rice cooker sebab dia ternampak kami membawa masuk rice cooker. Hmm..terasa nak marah juga. Logiklah sikit, kami baru sampai 10 minit, takkan dah masak nasi menggunakan rice cooker yang baru saje di bawa masuk. Tak logik sungguh kalau ye pun nak menuduh. Nasib baik staff seorang lagi menyebelahi kami. Kami diberi bilik bertentangan yang jauh lebih baik. Channel tv pun lagi banyak dari bilik sebelumnya. Ada rahmat juge ye..


Perjalanan esok adalah ke kota London. Siri 2 akan menyusul..

tak boleh sambung di sini sebab siri 2 lagi complicated...

hehehe..


No comments: