Alhamdulillah, berjaya menapak kaki ke Hujung England..Mi panggil "Hujung Dunia"..
Pintu masuk ke Land's End..parking kene bayar..
Di tebing yang cantik tetapi menggerunkan..
Gift Shop di Land's End..kami meninjau tanda ingatan utk dibawa pulang. Macam biasela.. beli fridge magnet..Ada info nama tempat yg diziarahi, di samping kecik dan murah..
Abid & Asiah..asyik memerhati itik2 dalam kandang. Dlm perjalanan ke tebing Land's End, ada reban ayam & itik, kandang Pakcik Khinzir dan beberapa binatang peliharaan ladang. Cuma, nak masuk kena bayar..Ayah kata, kat Losong free je..x payoh bayar stakat nak tengok ayam itik.. Nak buat camne, anak zaman siber..kagum melihat ayam..huhu..
Merenung mencari titik ..mana penghujung dunia (?)
Oleh kerana perjalanan dari Leeds ke Tavistock, South Devon mengambil masa hampir 6 jam berkereta, kami singgah bermalam di Cheltenham yang berada di tengah-tengah antara Leeds dengan Tavistock.
1 April 2010 [Leeds – Cheltenham]
-7.30 petang
Keluar dari Leeds menuju Travelodge Cheltenham GL51 6TA. Selepas 3 kali berhenti rehat di 3 service berbeza, jam 11.30 malam kami tiba di Cheltenham.
- 11.30 malam
Mendarat di Travelodge. Membuka bekalan nasi dan lauk pauk dari rumah. Zzz.
2 April 2010 [Cheltenham – Tavistock]
-10pagi
Check out dari Travelodge Cheltenham. Kami bertanya staff bertugas yang peramah tentang tempat menarik berdekatan. Makcik tu mencadangkan kami ke BerkeleyCastle.
3 April 2010 [Tavistock]
DariBerkeleyCastle, kami menuju ke Langstone Manor Caravan di Tavistock yang terletak di antara Exeter dengan Plymouth. Bermulalah perjalanan yang mencabar. Satelite Navigator menunjuk jalan meredah DartmoorForest. Maka, kami menempuh jalan hutan agak lama juga untuk tiba ke caravan. Tiba di sana, Sat. Nav. menunjuk jalan destinasi di tepi hutan. Berpeluh juga dalam kegelapan 9 malam di dalam hutan DartmoorForest. Kami berpatah balik beberapa meter. Barulah bertemu sign board Langstone Manor Caravan yang agak tersorok ke dalam.
Fuuuh…legaaa.. alhamdulillah. Kami bagitau makcik tuan caravan yang kami terlambat sebab tersesat jalan. Alhamdulillah, caravan cantik. Cuma sedikit sejuk sebab angin dari atas bukit bertiup kencang. Malangnya, kami lupa membawa Heater & Blower tambahan. Sejjjukkk…
4 April 2010 [Tavistock - Land’s End - Tavistock]
- 11.50 pagi
Seronok duduk di caravan, semua disediakan. Dari microwave, fridge, hingga ke pinggan mangkuk periuk belanga dan sudu garfu, kami memasak bekal. Tapi, kami guna periuk camping yang dibawa dari rumah sebab malas nak menyamak bekas2 yang disediakan denganair selut. Maklumlah, orang Puteh makan semua. Encik Khinzir pun boleh jadi mereka masak dalam periuk tu.
Berbekalkan nasi, sardin masak pedas tomato, telur goreng dan sandwich telur, kami keluar dari Langstone Manorcaravan jam. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam.
– 3.30 petang
Tiba di Land’s end. Kami bersegera memanjat cerun posing2. Dalam perjalanan ke atas, kena melalui Gift Shop. Ada juga reban ayam dan binatang2 lain yg perlu dibayar. Selepas itu,kami masuk ke bangunan kedai2 gift shop dan ambil gambar di sekeliling. Kami jug jurugambar profesional dengan bayaran 9.95 pound.Penat berpusing2 mencari tempat sesuai untuk solat dan mencari arah kiblat, kami solat jamak Ta’khir Asar-Zuhur di tepi parking lot jam 5 petang.
-5.38 petang
Bertolak balik ke caravan.
5 April 2010 [Tavistock- Exeter- Heathrow]
-10.45 pagi
Check out dari Langstone Manorseawal 10 pagi. 45 minit berikutnya, selepas bergambar pemandangan DartmoorForest,kami bertolak ke Travelodge Heathrow.Untuk menghilangkan mengantuk, kami menyusur masuk ke Bandar Exeter.
6 April 2010 [Heathrow – London- Heathrow]
Tiba di Travelodge Heathrow, sekali lagi kami tidak bertemu tempat penginapan. Sat Nav menunjuk arah ke kawasan perumahan. Sekali lagi kami keluar semula dari kawasan berkenaan dan menghala ke Tesco berdekatan untuk mencari destinasi sebetulnya. Selepas 15 minit, barulah mendapat hala tuju sebenar yang jaraknya cuma dua simpang jalan dari arah yang salah tadi.
Mendaftar di Travelodge, kami diberi bilik. Ingatkan sudah boleh berehat. Kami pun masak air dalam cerek yg disediakan.Rupanya, fius cerek yang rosak menggelapkan satu bilik.Salah seorang staff pengurusan travelodge mendakwa kami memasak nasi menggunakan rice cooker sebab dia ternampak kami membawa masuk rice cooker. Hmm..terasa nak marah juga. Logiklah sikit, kami baru sampai 10 minit, takkan dah masak nasi menggunakan rice cooker yang baru saje di bawa masuk. Tak logik sungguh kalau ye pun nak menuduh. Nasib baik staff seorang lagi menyebelahi kami. Kami diberi bilik bertentangan yang jauh lebih baik. Channel tv pun lagi banyak dari bilik sebelumnya. Ada rahmat juge ye..
Perjalanan esok adalah ke kota London. Siri 2 akan menyusul..
tak boleh sambung di sini sebab siri 2 lagi complicated...
Salam untuk semua..lame betul berhenti mem'blog'..tidak terkejar dengan tugasan yg banyak..Alhamdulillah, masih berpeluang bertemu 2010, selamat jalan 2009. Semalam yg penuh pengajaran, esok yg belum pasti..Jadi,hari ini perlulah kita bertungkus lumus untuk menuai hasil hari esok...
syukur juga dengan kelapangan masa yang Allah berikan, saya kini sudah di tahun 2 pengajian memburu 3 huruf yg sangat mahal nilainye.. p h D. Harga yang perlu ditukar dengan pelbagai pengorbanan, suka duka pencarian ilmu hanya dapat dirasa oleh para pencarinya. 3 huruf yg tidak ternilai, tetapi pengalaman sepanjang pemburuan 3 huruf ini tidak terbanding..
Tahniah untuk ninda, merangkap Tok, Kekanda KakNor Abang Din [hehehe..] yang mengembangkan kelopak2 hidung rakyat Malaysia di mana saje mereka berada.. Kami menumpang semangat Kak Nor untuk turut berjaya, Insya Allah..
Dah autumn pun.maka ramailah yg mula mencari baju kot,skaf,stoking bulu,sarung tangan..nak menghadapi musim autum,permulaan winter. Ramailah juga yang mengalami kejutan suhu badan.Dilanda demam kuch kuch..termasuklah kami 1 family. Lama juga x demam. sekali bile sakit kepala + demam seram sejuk..+ bile kene air tiap kali lepas wuduk..walaupun hot water, tapi nak boleh hot tu ambik masa gak.. selalu jadi,time nak basuh kaki,air paip tibe2 sejuk seperti ais ABC...huhuhu..sabo sajela..lepahtu, terus terkam "heater" la.. suhu dah start 5celcius waktu mlm.Jadi,time mcm ni..yg diluar peti sjuk lagi sejuk dari dlm peti.hihihi.. ada saudara mara yg nak dtg visit,tapi nak dtg masa winter..baik x payah.sejukkkkkk..nanti duk dalam rumah saje..nak pergi berjalan2 cuaca x mengizinkan.kedai pun tutup awal musim autumn-winter ni.. kadang2, 4pm dah tutup.maka,kepada sesiapa yg nak dtg UK,mailah musim panas..dalam bulan April-September..waktu paling best nak melancung.Antara sebab,jarak waktu solat zuhur dgn asar panjang.zuhur bolehjadi pukul 1,asar pukul 6.kalau musim sejuk mcm lani,jarak waktu solat sudah dekat. Kalau kita melancung musim panas (summer-spring), senang nak bajet jamak qasar..sebab disini masjid x byk.selalunye,kami solat di stesen minyak..atau ditepi padang...dalam kereta msti ada air utk wuduk.. Itulah..saper kata duduk UK best? hehe..hujan emas berlian di negeri orang.. dinegeri kita juga senang nak mengamalkan Islam secara bebas.
Famili K.Nor n Abg Din yang banyak membantu kami, sejak datang hingga kini..Famili Pit n K.Sid seperti keluarga angkat..
Belum lewat lagi rasanya nak mengucapkan selamat hari raya untuk semua yang berkunjung ke laman blog saya ni..berpuasa dan beraya,di mana2 same saje. Perut tetap lapar walau berpuasa di Malaysia atau di United Kingdom. Beraya pun tetap meriah,walaupun rupa tapai buatan sendiri, sate dan kuahnya tidaklah seceria dan seasli rupe asal..[huhuhu]
Alhamdulillah,hasil bersengkang mata 2 bulan..mini viva (upgrading transfer naik tahun 2) pagi tadi, 10.30am waktu Leeds..berjaya diharungi. Seperti kata ahli 399G..
adop fail..
cayott....
maka..dengan rasminya, saya pun baru saje menjadi pelajar phD di univ of leeds ni. Selama ini, hanya menyandang provisional phD student [pelajar phD "tempoh percubaan"].
Syukur..alhamdulillah..
Terima kasih kepada semua yg merafa'kan doa..juga saya berterimakasih kepada penyokong kuat di belakang..Encik Ahmad yang selalu memberi dorongan, sokongan moral yg tidak putus2..membuat sistem kerahan tidur utk Abid, Aisyah n Asiah bagi membolehkan Ibu belajar di malam hari..hehehe..
Maka..hari raya kali ini sangatla bermakna..dah boleh start buat biskut raye.. sebelum ni nampak laptop,pen,kertas dan sepupu sepapatnye je.. hehehe..
teringat lagu Buyung..mintak mak kueh sepotong..kalu tidak saya potong ...[tidak lulus tapisan Finas]
Sejak mencuba resepi ni, boleh tahan juge permintaan kawan2 untuk resepinye, jadi..saya berikan di sini utk sape2 yang nak mencuba..senang saje..
"Rotiboy" Mexican Coffee Bun Recipe
(makes about 17 buns)
Coffee Topping Ingredients
200 g softened butter 160 g icing sugar 3 lightly beaten eggs 2 tbsp instant coffee dissolved in 1 tbsp water a pinch of ground cinnamon 200 g flour
Method
Beat the butter and sugar until the mixture is light and fluffy. Gradually beat in eggs. Mix in coffee flavoring. Sift flour onto mixture and mix until combined. Refrigerate the mixture.
Sweet Bun Dough Ingredients
500 g bread flour 20 g milk powder 75 g castor sugar 6 g salt 8 g instant yeast 5 g bread improver (vital wheat gluten - optional) 1 lightly beaten egg 270 g water 60 g softened butter
Method
1. Mix flour, milk powder, sugar and salt in mixer on low speed 1 min.
2. Add in yeast, egg and water. Mix on low speed for 1 minute, then medium speed for 8 minutes.
3. Add butter and mix for 5 minutes more on medium speed until a soft, smooth and elastic dough forms.
4. Remove dough from mixing bowl and shape into a ball.
5. Divide the dough into 55 gram portions. Roll each portion in to a ball and then cover and set aside for 10 minutes.
6. Flatten a ball of dough and place a 10 gram cube of butter into the center of the dough.
7. Gather the edges and pinch to seal. Pat into shape and place on a greased baking tray. Proof the buns for 45 minutes.
8. Preheat oven to 200*C (400*F).
(Notice that we're using the wrappers from sticks of butter to line the baking sheet. Annie learned this tip from Fine Cooking magazine. The butter wrappers are like pre-greased parchment paper!)
9. Scoop the topping mixture into a piping bag and pipe the topping in a spiral pattern onto the buns.
10. Bake for 12-15 minutes or until the buns are lightly brown.
Duduk jauh dari bumi keropok, membuat saya terpanggil mencari erti :melayu.Sejak kami kenal Pieter (panggil Pit) berbangsa Holland,atau nama Islamnya Khalid..membuat saya tersengih kepada Melayu. Betul kata Hang Tuah: Tidak Melayu hilang di dunia. Sebab, di sini saya melihat bukti2 ketidakhilangan Melayu ..
Bukti 1: Seminggu pertama kami mendarat di sini, Asiah & Aisyah setiap pagi order nasi lemak dengan roti canai…huhu.. dahla berbahasa Melayu terengganu..membuat Ina [kawan budak2 ni] selalu menepuk dahi [what does she mean Auntie?]
Bukti 2: Setiap kali terlewat sampai dari waktu berjanji, Pit cume tersengih dan memberi komen membina: it’s all in your genes..[hehe..]
Bukti 3: Kalu pergi shopping, time nak parking kereta, Melayu yg berjati diri akan mencari parking yang betul2 depan kedai..Kata Pit semasa dia ikut sekali: Pit:Why don’t you just park your car over there? Kami:Where? Pit:There..in front of the entrance.. [hehehe]
Bukti 4: Pit selalu komplen. Orang Melayu suka sgt bercakap melayu. Bila dia nak masuk komuniti melayu, ada melayu yg sangat kuat jati diri tidak bercakap guna bhs Inggeris dgnnya.. Wah..kuat sungguh jati diri org melayu ye..kuat? [atau tak berapa fasih berbahasa Inggeris? Hehehehe…]
Bukti 5: Setiap kali habis shopping di carboot,melayu yang tidak lupa diri di sini akan saling membuka bonet kereta..dan mengeluarkan perkakas2 bekal pengalas perut.. menu? nasi lemak… [takdok menu lain ke?]
sandwich tuna.. [haa..ini tanda2 melayu yang dah tukar kaler mata]
Cuma..adegan biasa di Carboot..ada Melayu yang lupa..yang bila dihampiri sengaja menenyeh mata biar bertukar warna hijau biru atau kelabu.Biar dikata org Puteh tak apa..Takut sangat dikata Melayu..huh..
Bukti 6: Majlis Tazkirah [peringatan] selalu diadakan. Ada utk kaum ibu,ada untuk kaum bapa.Tapi, lepas tazkirah..masing2 serbu meja makan. Macam2 jenis makanan ada..kalah pasar malam cabang 3.. [Melayu memang suka makan (?) Kata warga 399-G: Perut berbulu!!]
Bukti 7: Sedap pulak tetiba dengar kawan2 di sini menyebut durian. Raja segala duri, bukan Raja Pop MJ yang sudah tinggal nama. Teringin nak makan..
[oppsss..perkataan teringin di sini tiada kaitan dengan apa2 yang berada didalam perut atau usus..kepada k.ngos..selamat menimang baby baru..ramainye cucu Ming..]
Oleh kerana Melayu memang kreatif, maka sebagai bukti kekreatifan melayu..saya pun membeli Avocado yg masak ranum berwarna merun dari Morrison. Rasanye macam buah durian yang hampir masak..lemak manis2 buah..
Jadi peribahasa Melayu:
Tiada rotan akar pun berguna..
boleh dicadang menjadi
Tiada durian avocado pun jadi laaaaa..
Tapi…. Kalau semangat sudah MELAYU [ melayu disini ialah imbuhan ME+LAYU (kuncup)]..
Terutama kepada yang sedang belajar..tidak kira anda di peringkat mana.. Kita mulakanlah di peringkat PMR [ haha..Kina jgn marah…]
Kalau semangat sudah MELAYU.. kenalah cari jalan supaya dia tidak MELAYU.. Sebab ingat.. ubat faham tidak dijual di kedai begum yg terbakar tu.. kedai kolid cuma ade kolid... kedai payok adela toye..[kedai poya je ade tonjing] semangat dan motivasi juga tidak terjual di kedai buku depan Maybank yang selalu Kina pergi..
Hehehe..untuk rajin senang saje.. jangan malas.
Maka.. Kalu orang tanye bangsa anda ..
Who are you?
Kalu saya, saya jawab gini:
Muslim Melayu yang mengembang..yang tidak MELAYU …
[Hahahahahaha]
Melayu patut bangga, Mat saleh yang bekerja dengan Encik Ahmad selalu kata: Hey man..I'm Malay! [melayu]
Lama betul stop memblog. Akhir2 ni, agak bizi dengan tugasan seorang pelajar. Kalau xde problem,insya Allah by the end of August I am sitting for my upgrading transfer for my 1st year of phd student.
[hmm..maafla para ahli bahasa Melayu,bahasa saya dah jadi lintang pukang sejak 2 menjak ni..bercampur aduk Arab-Inggeris-Melayu]
berdebar jugok rasenye tu,report x abis buat lagi ni..hmm..xla byk sangat nak ditulis.cuma dalam 70 pages je...masa untuk siapkan cuma sebulan lagi.celik pejam seminggu.sebulan 4 minggu je.huhuhu..
[enibodi, help?]
jadi,dalam beberapa ketika nampaknya saya terpaksala mempasifkan diri dari terlalu muncul di blog..nanti byk keje x menjadi.
untuk adik2 saya yang juga sedang pulun belajar, terutama kpd yg selalu me reply soalan "penggohek basika: nok dok nii.." [hanya warga 399-G tertentu sahaja yg ade akses kpd password ini]..
ubat faham tidak dijual di kedai Begum, atau di kedai Kolid, juga tiada di kedai Payok..
ubat faham adalah
hasil usaha gigih, tidak putus asa macam lagu tema 399-G:
ku terpandang labah2, gigih membuat sarangnya, tidak pernah putus asa, walau angin membinasa.. jejariku genggam erat, dengan tekad dan semangat, ingin terus berusaha sehingga berjaya, umpama labah2 membuat sarangnya..
layang2 tek tek tek.. [eh,,ni lagu lain plok]
ok..selamat belajar untuk semua..semoga menepati maksud hadis: "barangsiapa berusaha menapak jalan mencari ilmu, Allah akan memudahkannya jalan menuju syurga"