

Agenda: Camping lagi
Tempat: Thorpe Hall, Bridlington, UK
Tarikh: 19-21 Jun 2009
Sejak bertapak di UK ni, ini dah masuk kali ke 5 [kalu x silap] kami memacak khemah. Bezanya:
Khemah dulu 4 men tent [4 org bleh duk 1 khemah].Khemah skrg, 6 men tent!!

Family dulu paling ramai 4 family je..Keahlian peserta kali ni, 6 family. Asalnya 8 family. 2 tarik diri.


Yang paling best...gambar2 di bawah menceritakan banyak perkara..

Tengah men"supervise" pencucuk2 sate amatur...

Abid heran tengok ikan hasil tangkapan..

jangan x caye...3 plastik tu..hasil tangkapan pelaut2 Melayu..
Kak Hanim dengan bangganye menayang ikan Whiting.. tgh menyiang. Menu malam ni: Ikan bakar BBQ..
Beh ah buleh ngael Ikang...
banyok lok tu buleh ikang ..
[dengan loghat Ganu yang pekat]
Hasil pancingan kaki2 pancing yang berbakat belaka..walaupun khabarnye ade yg muntah laut semasa bot berhenti. Siapa yang muntah? Shyy...identitinya dirahsiakan.. Yang pasti, bukan penulis sebab penulis duk bertapa di khemah, menjaga khemah, memantau Asiah n Aisyah, juga Abid yg sibuk nak tidur..
Jejaka idaman Kirkstall..spek mata biru..biru mata hitamku..

Besnye zzzzzZZZZZZZzzzzz....

seronoknye camping di Bridlington ..macam2 kenangan ade. Anak sape ye?Yang menangis x nak balik pun ade..huhu..
Agenda 20 Jun [hari pertama]-
(sebenornye, dah ade yg sampai ke tapak khemah pada 19 Jun..2 family yg pergi dulu: Kak Hanim's family n Abang Norman's family. Baki 4 family termasuk kami pergi hari ke-2, 2o Jun)
5 pagi:
Aisyah & Asiah dah start bising..bangun sibuk nokg camping.
Abid pun menggeliat dgn jayanye..
Lepas 3 jam setengah bersiap... (fuh..lamenye...)
8.30pagi:
bertolak ke Beeston, berkonvoi dengan family Kak Yah 1 kereta.
Hampir 2 jam stgh berkerete, kami tiba di lokasi:Thorpe hall
masa kami tiba, hujan rintik2. sebab khemah kami besar, kene tunggu bantuan Family K.Hanim n Family Abang Norman balik dari meronda untuk mencacak khemah. Mereka dah sampai sehari seblum kami.Kebetulan masa kami sampai, mereka keluar meronda kawasan berdekatan. Sebagai mukaddimah, Buka bekal nasi lemak dulu la. Pinjam khemah family Kak Hanim & Abang Norman.. apalagi...nyam nyam dulu..
12.30 tghari:
Family Kak Hanim n Family Abang Norman pun balik meronda. Baki 2 family lagi sampai. Fidah's family n Zura's family.
Lepas siap pasang khemah masing2, yg nakg mancing bersiap ape yg patut.Yang menunggu di khemah siap juge melabuhkan kelopak mata..di luar hujan rintik2..bes nye tidur dalam khemah di sambut bunyi hujan jatuh atas kanvas khemah...
5 petang:
Rombongan pemancing balik dgn 3 plastik besar ikan..ape name ikan dah, x reti nak sebut. Maka, mulela menyiang ikan..Lihatlah aksi2 pemancing, penyiang2 ikan..juga pemerhati2 terhormat kat atas nu..
Aksi kostum kain pelikat "tidak melayu hilang di dunia" pun ade..di UK pun pakai kain pelikat..tengah hujan rintik2, tengah camping plok tu..[adegan ini tidak mendapat pelepasan FINAS.Maka, tidak dapatlah disiarkan gambar kain pelekat dan wajah hensem tuan pemakainya..hahaha..]
ade juge insiden meja roboh semasa ikan tgh digoreng..
Barbeku sate di depan khemah kami, sate ayam & ikan bakar.. nyam nyam
10mlm:
Bersiap khidmat diri..ramai yg dah tido..ade yang bersembang menunggu Isyak..
zzzzzzZZZZZZzzzzz
Agenda 21 Jun [hari terakhir]
Seawal 4 pagi, mata dah tercelik. Sejuk. Solat subuh..
Abid dah start nak bangun. 6 pagi: mandi...mandi...
7.30pagi:sarapan..roti sandwich ayam bermayonis
8.30pagi:ke Carboot, tempat2 bersejarah di sekitar..Kami pergi ke tepi tanjung..amik gambo rumah api..gambo lalang..
[gambo lalang pun nak amik?]
[gambar2 kat clif,akan di upload semula sebab terlalu byk]
Lepas pegi clif, kami bersiap nak balik. Dalam perjalanan balik, kami singgah di ladang strawberi..kutip stoberi 4 kg...! huhuhu..

[ gambar di ladang stoberi pun di edisi lain lah ye..hehe..]
ok..adegan2 yang melepasi FINAS dan tak disenaraikan akan disambung semula di episod akan datang..[maafla bahasa Melayu saya sudah tunggang terbalik..idea dah tak berkesinambungan...sejak 2 menjak bertungkus lumus menyiapkan report utk viva, bahasa Melayu semakin lintang pukang...huhuhu..]
No comments:
Post a Comment