Soalan yang biasa ditanya.
Soalan yang sama juga saya tanyakan kepada seorang senior yang mendahului saya menyambung phD.
"Susah ke kak buat phd?"
Dia jawab: Kalau awak ada 3 M, insya Allah.
Saya tanya balik: Apa tu? Membaca, Menulis, Mengira? [Hehehehe]
Dia ketawa:"Tak. ..3 M tu..Mahu, Minat, Motivasi." [ooooooo]
Lepas tu kakak tu kata: "Kalau awak ade 3M, awak mesti boleh buat perkara ini."
1: Setiap hari, paling kurang study 6 jam.
[huhuhu...saya study 4 jam saja sehari. Itupun, bermula 10 malam sampai 1 pagi.
Ada la kadang2 terlajak sampai 4 pagi. Ikut mood..]
2.Setiap hari, kena pergi library. Cari bahan rujukan.
[Hmm..saya tak pergi library setiap hari. Kalau pergi pun, tak boleh lama..kena imbangkan dengan tugasan di rumah]
3.Kena rajin jumpa supervisor.
[Hihihi..saya taklah rajin jumpa supervisor. Supervisor je yang rajin nak jumpa saya. Tapi,kalau email..selalu lah]
4. Fokus!!
[Ini part paling susah. Camne nak fokus? Abid ade atas riba. Aisyah sibuk ajak tengok tv dgn dia. Asiah geletek bahu. Saya pulak sedang mengadap laptop dengan gigihnya. Terpaksa memfokus kerana idea biasenye datang mencurah di saat paling bising di"kacau" budak 3 A. Abid,Aisyah,Asiah]
Adela lagi petua kakak ni, membuatkan saya..."hmmmmm"Jadi, pesanan utk adik2 saya yang sedang belajar walau diperingkat manepun.. Chayot..chayot..Kina..(rajin adik rajin..rajinlah belajar..), Irah (pekaba encik SPM?). .Da (..da didi sikatak puru?), wawa (loya?@ loyar?), Lala (patutla mata la dokleh tutup dari kecik bilo tido..sebab nok tengok kuman sokmo rupenye kut mikroskop), Mude yang selalu berdoa utk tidak tua...
"Antara sebab kak Na buat phD ni..k.Na nak menyahut cabaran Abah n Ming..biar ade adik bradik kita yang ade DR..
Ade ke lagi yang nak sambut cabaran ni??"
Untuk student2 saya yang singgah di halaman ni, Aina, Lijah..Nisyak...dll yang tak tersebut namanya.." Yang penting, cara kita memanipulasi minda. Jangan kata: Banyaknya buku saya kena baca.. Saya sendiri ada 22 biji buku yang sedang dlm proses pembacaan. Tapi, saya kata pada diri saya: Tak banyak..ade 1 meter saje kadar ketinggian buku nak dibaca. Jadi, 1 nisbah 22. Mestilah 1 lagi sikit. hehehehe..."
Untuk 2 sahabat saya yang sedang gigih berjuang..nurazan n zulazhan...
"Masih panjang langkah kita ni. Moga jalan menuntut ilmu dipermudahkan Allah.Aminnn"
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Maka, apakah jawapan anda jika ade org tanye: susah ke nak buat phD?
Saye tahu. Anda mesti jawap : "mmmmmmmmmmmmm".
Maksudnya hanya anda yang tafsir.
Leeds
1.10am
tree of life east dr new orleans la 70118
3 years ago
2 comments:
wuwuuu..
susah ko buat phd??
ore hok master ni pun ngakok2 lagi.. huk huk..
nati ore publish respon kpd entri ni..huk huk..
Terima kasih... Best tengok nama azan tersesat dalam entry ni.. Azan sokong, buat phd ni kena ada 3M... Tapi azan ni, mahu- memang mahu, minat- memang minat, motivasi.. ni yang payah, kadang tinggi kadang rendah... hari ni macam takde..huhu.. Miss u 2!
Post a Comment