Tuesday, 17 March 2009

sebab apa kalambuna

Pelbagai respon saya terima mengenai tajuk blog ini. Kenapa "kalambuna?"

Arakiannya, marilah saya jelaskan disini : kenapa blog ini bernama "kalambuna"..

Dari 2 patah perkataan, "kalam" & "buna"..Jadi, mana2 pandangan yang kata serupa dengan kelambu [ Master P ], atau berasal dari perkataan Arab fi'lu al-maadhi [kalambuna, kalambunu] adalah tidak tepat sama sekali. Kalau nak ditasrifkan mengikut past tense [fi'lu al-maadhi] pun, ia sepatutnya dibaca kalambuna, dan kalau present tense [fi'lu al-mudhori'] -yatakalambunu... Hehehe...

"Kalam" berasal dari kata Arab..dari root word kaaf-laam-miim,
mengikut Dr Abdul Wahid Wafi dlm kitabnya nash'ah al-lughah inda al-insan wa al-tifl (perkembangan bahasa di sisi insan dan kanak2), manusiaberkomunikasi dgn pelbagai cara. Antaranya
Komunikasi melalui isyarat spt menggerakkan kepala, 2 tgn dan 2 bahu.
Komunikasi melalui ekspresi wajah, ia boleh berlaku secara kawalan spt mengetap bibir untuk mencemek atau diluar kawalan,spontan spt muka yg merah kerana malu.
Komunikasi dgn teriakan atau bunyi, spt ketawa utk menzahirkan suka,mengeluh utk meringankan beban,begitu juga dlm tangisan.
Komunikasi melalui alat2 yg dicipta spt kompang,gendang,bendera,api,loceng


Adapun "kalam" mengikut ulamak nahu Arab ialah meluahkan perkataan yg difahami sbg salah satu cara utuk berkomunikasi.

Jadi, blog ini bertujuan menzahirkan perkataan2 yang difahami, melalui idea2 bernas, lagi original. Dengan itu, tertolaklah pendapat yang mengatakan "kalambuna" berasal dari perkataan Ganung "kelambu"+"na".

Maka, "buna" itu pula, bukanlah merupakan buah atau kueh mueh tradisional rakyat Malaysia..apalagi permainan rakyat dahulukala.

"Buna" tidak lain tidak bukan..adalah seorang Orang yang membunakan dirinya..
Dia bukanlah si Kuya yang mengkuyakan,
mahupun bukan si Lala yang di"tepeng" oleh si Tukin..hehehe

Demikianlah kisahnya...

3 comments:

:) said...

kalambuuunnaaa...

aik?? bakpo namo ore ado gok cokoh situ? hhahaha.

Suhaila S. said...

lala yg ditepengkah??
uwaaaaaa!!!

:) said...

haha..:p